Thursday, February 5, 2009

salam mampir

Salam Mampir...

Orang jawa telah berubah selaras dengan perubahan zaman. Kalau dulu ayah dan datuk mereka adalah petani, ada di antara anak-anak mereka kini meneruskan tugas di bidang pertanian. Kalau ayah dan datuk mereka sekadar petani, anak-anak kini menjadi Pegawai Pertanian, Pengurus Bank Pertanian, Pegawai di agensi-agensi Kementerian Pertanian dan sebagainya. Malah kini ada anak jawa turut serta menggerak jentera pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara seperti menjadi jurutera,Juruterbang,Akauntan,Peguam,Doktor,Pensyarah, Guru,Polis,Tentera,Ahli Politik,Usahawan Berjaya dan Ketua di Jabatan-jabatan kerajaan.
Kini.....
Anak jawa tidak lagi malu untuk mengaku diri mereka jawa. Kadangkala ada juga yang bukan jawa turut mengaku jawa kerana bangsa jawa semakin unggul di Malaysia.Saya berpendapat orang bukan jawa yang berkahwin dengan orang jawa boleh dianggap menjadi orang jawa dan anak mereka dipanggil JAWA PERANAKAN



Contoh Perbualan serba sedikit Dalam bahasa jawa dan makna dalam bahasa melayu :-


Farish :Kabare?(Apa Khabar?)

Farisha :Waras (Baik/Sihat )

Farish :Wes Mangan (Dah Makan)

Farisha :Wes (Sudah )

Farish :Arek Lungo Enthi? (Hendak pergi ke mana?)
Farisha :Lungo Gedde(Pergi Ke Kedai )

Farish :Arek tuku opo? (Nak Beli Apa?)

Farisha :Tuku Iwak Karo Sayor(Beli ikan dan sayur )
Farisha :Ora opolah, aku lungo disek yo! Engko gedene tutup.
(Tak apalah saya pergi dulu ya! Nanti kedainya tutup)

Farish :Yo lah (Ya lah).

No comments: