Thursday, January 3, 2013

Salam tahun baru 2013...


Assalamualaikum WBT semua pembaca blog....membuka entri 2013 mari kita audit diri kita...kerana umur kita semakin meningkat..usia bumi semakin tua...Dan perlu diingat kita semua umat akhir zaman iaitu umat kepada Nabi Terakhir,Nabi Muhammad SAW...dan seperti janji Allah iaitu akan tiba hari pembalasan dan lebih jelas lagi ialah hari kiamat...yang mana termasuk dalam rukun iman iaitu beriman pada hari kiamat...jadi di sini baik kita audit iman kita supaya tidak tersasar jauh dari berpegang pada tali Allah...

Kita nak sombong, angkuh dan berasa hebat diri setakat mana sangat. Senang, susah, bahagia, derita, miskin, kaya semuanya ada noktah perhentiannya. Puratanya 60 tahun sahaja adapun yang lebih itu merupakan “bonus”. Yang “balik awal” pun ramai, warning sudah lama diberikan namun kita tetap leka.

Kita selesa mungkin sebab bencana dan musibah tidak terkena pada kita atau keluarga terdekat. Semalam tidur, hari ini boleh celik melihat mentari pagi. Itulah yang berlaku setiap hari setakat ini, hakikatnya Malaikat maut tidak pernah alpa dan ingkar terhadap amanah tugas yang diberikan. GILIRAN KITA PASTI AKAN TIBA.

Daripada tempoh kita dibenarkan hidup sehingga saat yang dijanjikan itu, Allah mengurniakan peluang untuk kita memperbaiki diri dan menyiapkan sebanyak mungkin bekalan. Mengapa???
Kerana alam baqa’ yang sedang kita tuju ini “never ending story”! sebab ia merupakan jalan sehala (pergi tidak kembali). Apabila bye-bye dunia, tiada lagi peluang kedua kerana kita tidak ingin menyesali melihat ahli Syurga enak menikmati keseronokan yang tidak terhingga dan kita, berhempas pulas mencari-cari pahala agar tidak dihumbankan ke dalam Neraka.

-          Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud :-

“ Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh Allah amat tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri ”.

(Surah An-Nisa’ ayat 36)

Wasalam...:-)