Thursday, August 29, 2013
Salam alaik...:-)
Allahuakbar...butul2 bersawang blog ni...patutnya ada dah update Salam Ramadhan..Salam Nuzul Quran dan Salam Aidilfitri...tp semenjak bertambah2 jenis media sosial ni mcm FB..Twiter..WhatsApp...dan macam2 lagi...Dunia Blog Ni semakin dilupakan...
Untuk Kali ini ada share sikit ilmu yg amat berguna :
Istighfar untuk orang lain yang telah meninggal dunia-bagaimana caranya?
Bacalah doa ini, "Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."
# Doa ni juga blh digunakan untuk komen media sosial ni mcm FB..Twiter..WhatsApp...etc
Jadi xdelah hanya tulis Alfatihah...
W/salam :-)
Monday, April 22, 2013
Salam Ukhuwah..
ASSALAMUALIKUM WBT..
Sudah tidak sabar hati ini ...menunggu tarikh penting pada tahun ini...
Sudah tidak lama lagi....79 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah...:-)
Friday, February 1, 2013
Selamat Hari Wilayah...
Dah duduk putrajaya ni klu hari ni cuti..mmg syok...kerana apa..kerana jalannya yang lengang..senang nak bergerak ke mana2.....
Thursday, January 3, 2013
Salam tahun baru 2013...
Assalamualaikum WBT semua pembaca blog....membuka entri 2013 mari kita audit diri kita...kerana umur kita semakin meningkat..usia bumi semakin tua...Dan perlu diingat kita semua umat akhir zaman iaitu umat kepada Nabi Terakhir,Nabi Muhammad SAW...dan seperti janji Allah iaitu akan tiba hari pembalasan dan lebih jelas lagi ialah hari kiamat...yang mana termasuk dalam rukun iman iaitu beriman pada hari kiamat...jadi di sini baik kita audit iman kita supaya tidak tersasar jauh dari berpegang pada tali Allah...
Kita nak sombong,
angkuh dan berasa hebat diri setakat mana sangat. Senang, susah, bahagia,
derita, miskin, kaya semuanya ada noktah perhentiannya. Puratanya 60 tahun
sahaja adapun yang lebih itu merupakan “bonus”. Yang “balik
awal” pun ramai, warning sudah lama diberikan namun kita tetap
leka.
Kita selesa
mungkin sebab bencana dan musibah tidak terkena pada kita atau keluarga
terdekat. Semalam tidur, hari ini boleh celik melihat mentari pagi. Itulah yang
berlaku setiap hari setakat ini, hakikatnya Malaikat maut tidak pernah alpa dan
ingkar terhadap amanah tugas yang diberikan. GILIRAN KITA PASTI AKAN
TIBA.
Daripada tempoh
kita dibenarkan hidup sehingga saat yang dijanjikan itu, Allah mengurniakan
peluang untuk kita memperbaiki diri dan menyiapkan sebanyak mungkin bekalan.
Mengapa???
Kerana alam
baqa’ yang sedang kita tuju ini “never ending story”!
sebab ia merupakan jalan sehala (pergi tidak kembali). Apabila
bye-bye dunia, tiada lagi peluang kedua kerana kita tidak ingin
menyesali melihat ahli Syurga enak menikmati keseronokan yang tidak terhingga
dan kita, berhempas pulas mencari-cari pahala agar tidak dihumbankan ke dalam
Neraka.
-
Firman Allah s.w.t di
dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“ Dan
sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya
yang kamu miliki. Sungguh Allah amat tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membanggakan diri ”.
(Surah
An-Nisa’ ayat 36)
Wasalam...:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)