Wednesday, November 21, 2012

Senjata Umat Islam...

Salam Jihad pada semua Ikhwanan muslimin wal muslimat ...marilah kita sama-sama membaca doa ini untuk mencapai kemenangan Islam dan meletakkan Islam yaklu wala yukla alaih.(ISLAM ITU KEBENARAN YANG TINGGI DAN TIDAK ADA YANG BENAR SELAIN ISLAM)


Aamin Ya Rabbalalamin..



Wednesday, November 14, 2012

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

    Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434...

    Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434...Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun..InsyaAllah diberkati Allah...Barakallah..




     
     Note: Sekadar untuk peringatan diri yang semakin alpa dengan nafsu dunia...

    Thursday, August 9, 2012

    Kisah anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak...


    Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dgn tampalan. Di antara mereka mengatakan, “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!” Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
    Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
    Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat utk membelikan pakaian baru utk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut…
    “Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya.”
    Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah. Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya. Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya. Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya. Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
    Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini. Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan…
    Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
    “Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam.”
    Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
    Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis,
    “Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.
    Umar menjawab, “Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”
    Kemudian anaknya berkata, “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku”.
    Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

    Sunday, August 5, 2012

    DETIK MUSTAJAB DOA..












    Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

    1. Waktu sepertiga malam yang akhir

    Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
    “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

    2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

    “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

    3. Doa selepas solat fardhu

    “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

    4. Doa di dalam sujud

    “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
    “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

    5. Sesaat pada hari Jumaat

    “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

    6. Ketika Lailatulqadar
    Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

    “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

    7. Ketika Hari Arafah
    Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

    “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

    8. Doa antara Azan dan Iqamah

    “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

    9. Ketika Hujan

    Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

    Sunday, July 29, 2012

    Tazkirah Ramadhan..


    BERSEDEKAH LAH YANG KITA SAYANG DAN BUKANYA YANG KITA BUANG…

    SEDEKAH adalah satu kebajikan yang sangat dituntut dalam Islam. Allah memberi amaran kepada mereka yang bakhil melaui firman-Nya,
    “ Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa) apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan : 180)
    P/S : Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.
    Wallahhualam

    Jazakallah Khairan Khatira..


    Thursday, March 22, 2012

    Nilai antara pengorbanan ibu & pengorbanan anak...

    Ibu : "Anakku, bagaimana jika ibu kehilangan
    mata ibu yg sekarang?

    Anak : "Aku akan mencarikan utk ibu mata

    yg terbaik dari hospital yg terbaik dinegara
    ini"

    Ibu : "Bagaimana pula kalau tidak ada mata
    yg terbaik utk ibu di negara ini?"

    Anak : "Aku akan mencarikan utk ibu mata
    yg terbaik dari hospital didunia ini. Aku pasti
    akan mencarikannya!!"

    Ibu : "Terima kasih anakku..Ibu sayang pada
    kamu"

    Anak : "Tapi ibu bagaimana kalau aku pula
    yg kehilangan mataku yg sekarang ini, ibu?"

    Ibu : "Ibu akan berikan mata ibu untukmu"

    Si ibu tersenyum...

    SubhanAllah... pengorbanan seorang
    ibu..Tidak ada seseorang yg lebih dalam
    keberaniannya melainkan seorang ibu!!! Ya
    Allah.. tempatkan ibu kami di jannah
    firdausMu Ya Allah !

    Wednesday, March 21, 2012

    MUTIARA KATA..

    Assalammualaikum Dan Salam sejahtera kepada sahabat handai seterusnya kepada follower yg di hormati...

    Terima kasih kepada brader Ben Ashaari kerana senaraikan blog yg tak seberapa hebat ni dalam senarai blog baru dalam blog santai beliau....Sebagai permulaan...mari kita layan mutiara kata dulu...agar kita jadi orang yang hebatttt...InsyaAllah

    · Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

    · Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
    · Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

    · Kekitaan yang erat tiada yang berat.
    · Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
    · Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
    · Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
    · Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
    · Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
    · Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
    · Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
    · Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
    · Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
    · Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
    · Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
    · Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
    · Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
    · Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
    · Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
    · Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
    · Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
    · Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
    · Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
    · Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
    · Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
    · Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
    · Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
    · Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
    · Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
    · Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
    · Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
    · Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
    · Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan.
    · Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
    · "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa."
    · "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."
    · Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
    · "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
    · "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair."
    · "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan."
    · "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
    · Hadiah Terbaik :Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan
    · "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."
    · "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
    · "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat."
    · "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari."
    · "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang."
    · "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman."
    · "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."
    · "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."
    · "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
    · "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
    · "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
    · "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
    · "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
    · "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
    · "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Tuhan."
    · "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
    · "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
    · "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
    · "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
    · "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

    · Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
    · Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
    · Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
    · Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
    · Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
    · Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
    · "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." - Profesor Diraja Ungku Aziz
    · Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. - Davey John Schwartz
    · Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
    · Kalau hidup ingin merdeka,Tiada tercapai hanya berkata,Ke muka maju sekata, maju kita,Melemparkan jauh jiwa hamba.- Usman Awang
    · Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
    · Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. - Horne
    · Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)
    · Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.


    Sekian...Wassalam

    Saturday, February 4, 2012

    Cinta Rasulullah SAW...


    Assalamualikum WBT...

    Semoga sahabat semua berada dalam kesihatan yang baik di bawah lindungan Ilahi..

    Kehadiran Bulan Rabiul Awwal disambut meriah oleh umat Islam seluruh dunia bagi memperingati kelahiran manusia agong yang diutuskan oleh Allah sebagai Rahmat kepada seluruh alam.

    Di sini saya sertakan satu kisah sebagai renungan bagaimana kasih dan sayangnya baginda kepada umatnya melebihi kasih pada dirinya sendiri. Semoga kehadiran bulan Rabiul Awwal menambahkan lagi kasih kita kepada Baginda S.A.W.

    >>>>Sebagai renungan bersama sempena menyambut peristiwa kelahiran Rasululllah S.A.W yang tercinta.

    Saat-saat Kewafatan Baginda S.A.W

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

    Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

    'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

    Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

    'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

    'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

    'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

    Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. (اوصيكم بالصلاة وما ملكت أيمانكم) 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum' ('peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.')

    Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.(أمتي, أمتي, أمتي) 'Umatku, umatku, umatku'

    Dan……

    Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

    Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

    الَّلهُمَّ صَلًّ وَسَلًّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيًّدِنَا وحَبِيْبِنَا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

    Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang istri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau. Rasulullah SAW adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

    Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa harus menyuruh istrinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah sosok yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan istrinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahwa beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Beliau adalah sosok yang paling sabar dimana ketika itu pernah kain beliau ditarik oleh seorang badui hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.

    Dalam satu riwayat dikisahkan bahwa ketika beliau mengimami sholat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Seusai sholat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

    Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”. Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

    Teramat agung pribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.

    Saudaraku, sungguh kehadiran Rasulullah SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang beliau contohkan kepada umat manusia. Beliau tidak pernah pandang bulu dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan beliau pernah menangis ketika mengetahui bahwa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk meng-esakan Allah SWT.

    Cukup kiranya beliau yang jadi suri tauladan kita, umat islam khususnya yang hari ini sebagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah, baik dalam tindakan maupun perkataan yang menyejukkan. apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti Baginda.

    Dalam salah satu hadits dikatakan bahwa “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan di akui Rasulullah sebagai umatnya atau tidak kelak di yaumil kiamah. Namun satu yang pasti bahwa semua ingin berada di barisan beliau. maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau SAW semampu diri kita, sebagai suri tauladan kita yang utama, memperbanyak ucapan sholawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai bagian dari rasa cinta kita terhadapnya.

    Saudaraku, mari kita sampaikan salam dan sholawat kepada beliau SAW, yang dengannya kita akan beroleh cinta dan Syafa’atnya kelak di yaumil mahsyar. insya Allah…Amiin.

    اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

    Wednesday, February 1, 2012

    Penghulu istighfar


    Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah Sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.