Thursday, August 20, 2009

SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu
SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF
jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.

Thursday, June 11, 2009

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?" cuba pratikkan




Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat wa rak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk wa ktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh ke waspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap baha wa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan ta wa dhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sekian ..Wasalam

Saturday, June 6, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAANSETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA............
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...



Allahu Akbar!!


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!








Sunday, March 22, 2009

Doa Sujud Tilawah/Sajadah





Maksudnya:"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan
membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya
dan penlihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".







Sunday, March 15, 2009

Siapakah...............

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........




Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Thursday, March 12, 2009

Beautiful story about QURAN.



Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word???? This is a beautiful story.
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water.You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watchthe boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket intoriver and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basketwas different. It had been transformed from a dirty old coal basket andwas now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understandor remember everything, but when you read it, you will be changed, insideand out. That is the work of Allah in our lives.' If you feel this email is worth reading, please forward to your contacts/friends.Prophet Muhammad (pbuh & his family) says: *'The one who guides to good will be rewarded equally'*


Jazaaq'Allah

Monday, March 9, 2009



Selawat dan Salam ke atas junjungan nabi Muhamad SAW dan Selamat menyambut Maulidul Rasul





Thursday, February 19, 2009

Hadis Nabi

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Sebahagian dari hadis2 nabi yang menyentuh serba sedikit tentang fadhilat2 solat untuk dikongsi bersama sahabat2 yang saya hormati...sumber ini saya perolehi dari email yg saya terima dari sahabat saya dan dipanjangkan untuk peringatan kita semua...InsyaAllah


Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" - H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" - H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" - H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" - H.R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" - H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" - H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka - H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" - H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" - H.R.Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). - H.R.Muslim & Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" - H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" - H.R.Sahih Muslim

Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak" - H.R.Zanjawaih & Hakim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" - H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" - H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" - H.R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" - H.R.Abu Dawud

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" - H.R.Attabrani

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Faces (EQ Test)

How many faces can you find?


To test your intelligence:


If can find 0 – 5 faces – idiot

If can find 6 – 7 faces – stupid

If can find 8–9 faces – normal

If can find 10–11 – very normal
If can find 12–13 faces –genius




Wednesday, February 18, 2009

Solat....


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" - H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" - H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" - H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" - H.R. Muslim & Tarmizi


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" - H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" - H.R.Attabrani






Monday, February 9, 2009

Santai...bila suami merajuk..????

Sekadar santai...


Bini: Kenapa U nie?
Laki: uhhhhh!!luat! !!
Bini: Pasai i kuar pergi kedai tak bagi tau u ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai mak bapak i datang ngan adik2 tinggal sampai 2 minggu ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai keter U, i bagi pancit ker?
Laki: Tak
Bini: Err!pasai i amik duit u RM10,000 tak bagi tau u ker?
Laki: tak!
Bini: Pasai i tak iron baju u ker?
Laki: Tak
Bini: Pasai i tak pernah masak kat u selama nie ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai i selalu suruh u beli lauk bungkus ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai i tak nak anak ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai u kena basuh baju kita ker?
Laki: Tak!
Bini: Abis tue???awat nie??? l
aki: Err! Naper u dah bulih semayang tak cakap i pun!...
Bini: ???????

Ha Ha ha.......... .....!!!

Thursday, February 5, 2009

salam mampir

Salam Mampir...

Orang jawa telah berubah selaras dengan perubahan zaman. Kalau dulu ayah dan datuk mereka adalah petani, ada di antara anak-anak mereka kini meneruskan tugas di bidang pertanian. Kalau ayah dan datuk mereka sekadar petani, anak-anak kini menjadi Pegawai Pertanian, Pengurus Bank Pertanian, Pegawai di agensi-agensi Kementerian Pertanian dan sebagainya. Malah kini ada anak jawa turut serta menggerak jentera pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara seperti menjadi jurutera,Juruterbang,Akauntan,Peguam,Doktor,Pensyarah, Guru,Polis,Tentera,Ahli Politik,Usahawan Berjaya dan Ketua di Jabatan-jabatan kerajaan.
Kini.....
Anak jawa tidak lagi malu untuk mengaku diri mereka jawa. Kadangkala ada juga yang bukan jawa turut mengaku jawa kerana bangsa jawa semakin unggul di Malaysia.Saya berpendapat orang bukan jawa yang berkahwin dengan orang jawa boleh dianggap menjadi orang jawa dan anak mereka dipanggil JAWA PERANAKAN



Contoh Perbualan serba sedikit Dalam bahasa jawa dan makna dalam bahasa melayu :-


Farish :Kabare?(Apa Khabar?)

Farisha :Waras (Baik/Sihat )

Farish :Wes Mangan (Dah Makan)

Farisha :Wes (Sudah )

Farish :Arek Lungo Enthi? (Hendak pergi ke mana?)
Farisha :Lungo Gedde(Pergi Ke Kedai )

Farish :Arek tuku opo? (Nak Beli Apa?)

Farisha :Tuku Iwak Karo Sayor(Beli ikan dan sayur )
Farisha :Ora opolah, aku lungo disek yo! Engko gedene tutup.
(Tak apalah saya pergi dulu ya! Nanti kedainya tutup)

Farish :Yo lah (Ya lah).

Wednesday, January 21, 2009

Kata Ganda Berima ...Gannu kiteee..

KAMUS GANU KITE

Kata Ganda Berima

1. putih-lepuk 2. manih-leting 3. tawor-hebeh 4. meroh-nyale 5. kuning-sior 6. bising-bangor 7. hancing-pering 8. busuk-kohong 9. besor-jalor 10. gemuk-metong 11. kuruh-kekek 12. kecik-tuek 13. pahit-lepang 14. come-lote 15. huduh-sepang-ko ong 1. kalang - pensel 2. kalang petek - pensel mekanikal 3. kalang cat - pensel warna 4. ghobar - pemadam 5. gorek - pengasah pensel 6. kayu gho - pembaris
1. dok ghok chetongg ?? 2. dok ppaka gawa ?? 3. dok dang nak layangg ?? 4. mung nok gi duane ?? 5. bijokkk ? 6. kgheta lipangg ? 7. ayamm mungg ? 9. komangg ? 10. nyettok kkaghungg ? 11. doh ye aahhh jeng-breng dok rok kedaroh rapak-jik semabor (keliru) x dang x dang (tak sempat2) betak (lambat/pikap slow) putuh-getah dok pakka gawa siket harrang jereba tummuh rudung radang (rudung rappok) kut panda ah!! loghat kuala berang... 1. helikupter liwor-liworn atah pale... maksudnya.... helikopter berlewar-lewar di atas kepala. 2. Rokok kude nabbe... maksudnya.... rokok camel. sebab unta tu kan kuda nabi. bahase kuala berang nih, kena cakap baru orang rasa keunikannya... kalau nak tulih susah jugok. akhir sekali.... air katun jugget. maksudnya, air kartun berjoget.... air kickappoo... kan gambor dia ada kartun yang sedang berjoget,

Sunday, January 18, 2009

"Ya Allah...Selamatkanla h bumi Gaza dari kekejaman Israel dan sekutunya,Berikanlah syahid kepada pejuang2 jihad dalam memerangi musuh2 islam..aminnnn yaRabb..Akhir kalam bersatulah wahai saudaraku dalam memerangi musuh2 islam...Allahuakbar3 X"