Tuesday, December 23, 2008

Sian kaum isteri....


Baca la kalu free...... Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah. Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

Orang Panggil Kopiah Raihan

Semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di Banting, Selangor. Sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga seorang hafiz. lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat ke rumah tuan guru. tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas Tahfiz Selangor. Kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya (orang panggil kopiah tu kopiah raihan).. sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir...'di Mesir takde orang tegur kamu pakai kopiah tu?' Nazir menjawab..'takde ustaz..kenapa? ' 'Kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat...' Kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya kenapa boleh sampai jatuh najis pulak..? Ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut.. Ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia . Semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave je bulu kambing tu hidup2.. Mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai.. Kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat.. Ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan membakar kopiahnya dengan lighter..mmg bau rambut terbakar..sahlah itu memang bulu kambing.. Maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum bersolat. Tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu binatang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah. Mungkin ramai yang tak tahu tentang ini..sekadar berkongsi.

Saturday, December 6, 2008

Amalan Isteri-isteri Sentiasa Dara

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.Caranya:Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Wednesday, November 19, 2008

Seandainya

Hukum Menggunakan Kata "Seandainya.."
Tentang seorang yang mengatakan: Seandainya dahulu Anda dahulu melakukan begini, tentu tidak akan terjadi demikian."
Orang lain yang mendengarnya berujar: "Kata-kata semacam itu sudah dilarang oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Itu kata-kata yang dapat mengiring orang yang mengucapkannya kepada kekufuran."
Lalu ada lagi yang bilang: "Tetapi dalam kisah tentang Musa dan Khidir, Nabi pernah bersabda: "Semoga Allah memberi rahmat kepada Musa. Kalaulah beliau mau bersabar, tentu Allah akan menceritakan kepada kita lanjutan kisah mereka.."
Orang yang lain lagi berdalil dengan sabda Rasulullah: "Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah," hingga ucapan: "…karena kata "seandainya" itu membuka amalan syetan." Apakah hukum dalam hadits ini menghapus hukum dalam kisah Musa di atas atau tidak?
Semua yang dikatakan oleh Allah dan Rasul-Nya itu benar. Kata 'seandainya' itu Apabila digunakan sebagai ungkapan kesedihan menyesali yang telah lampau dan kecewa terhadap takdir, itulah yang dilarang, sebagaimana dalam firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang:"Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh". Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam di hati mereka.." (Ali Imraan : 156)
Itulah yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau bersabda:
"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: "Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini..".
Tapi katakanlah: "Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Karena kata "seandainya," itu membuka pintu amalan syetan (yakni akan membuka pintu kesedihan dan kekecewaan. Yang demikian itu hanya berbahaya dan tidak bermanfaat. Tapi ketahuilah, bahwa apa saja yang menimpamu tidak akan pernah meleset. Dan segala yang meleset tidak akan pernah menimpamu. Allah berfirman:
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali denga izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.." (At-Taghaabun : 11)
Para ulama menjelaskan bahwa yang dimaksud dalam ayat itu adalah seseorang yang tertimpa satu musibah lalu ia menyadari bahwa musibah itu berasal dari Allah, sehingga ridha dan berserahdiri.
Yang kedua, penggunaan kata "seandainya," untuk menjelaskan satu pengetahuan yang bermanfaat. Seperti firman Allah:
"Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain Allah, tentulah keduanya itu sudah rusak binasa.." (Al-Anbiya : 22)
Atau untuk menunjukkan kecintaan terhadap perbuatan baik dan keinginan melakukannya. Seperti ucapan:"Kalau saja aku memiliki apa yang dimiliki oleh Fulan, tentu aku akan melakukan apa yang dia lakukan.." dan sejenisnya. Ungkapan semacam itu boleh-boleh saja. Adapun sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam: "Kalaulah beliau mau bersabar, tentu Allah akan menceritakan kepada kita lanjutan kisah mereka.." Itu termasuk jenis yang kedua. Seperti juga firman Allah:
"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu.." (Al-Qalam : 3)
Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam akan senang dapat mencerikan kisah kedua Nabi itu. Maka beliau mengutarakan dengan kata-kata itu untuk menjelaskan kesenangan beliau bila kesabaran yang seandainya dilakukan Musa kala itu. Beliau memberitahukan manfaat yang ada dalam kesabaran itu. Tak ada unsur kekecewaan dan kesedihan dalam unggkapan beliau, juga tidak meninggalkan kewajiban bersabar terhadap takdir..Wallahu A'lam.

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

"Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW."Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Jalan Yg Lurus




Monday, November 17, 2008

Kesejahteraan...kemanisan

Bila hidup di dunia yang sementara ini kita penuhi dengan ibadat bagi setiap perbuatan...kesejahteraan... dan kemanisan..hidup dapat kita kecapi...
iaitu kemanisan Iman..Apa khabar Iman?....